Resipi Laksa Penang Guna Dua Jenis Ikan, Sedap Dan Senang Nak Buat

Resipi Laksa Penang, Sedap dan Senang

0 99,594

Laksa merupakan antara makanan tempatan yang mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia, sehinggakan kalau boleh setiap negeri akan ada versi laksa mereka sendiri.

Bagi mereka yang berada di belah utara mesti teringin nak makan laksa penang, betul tak? Tapi kadang kala laksa yang dibeli tak menepati citarasa selera masing-masing. Jadi apa kata korang cuba buat sendiri laksa penang ni ikut resipi yang kami kongsikan ni:

RESIPI LAKSA PENANG

Bahan Kuah Laksa Penang

  1. Daun kesum – 1 ikat (ambik daun je, batang tak payah)
  2. Bunga katan – 2 batang (belah dua)
  3. Belacan – 1 inci
  4. Asam keping – 3 keping
  5. Bawang besar Holand – 1 biji
  6. Ikan kembung / selayang – [email protected] ekor
  7. Cili kering – semangkuk
  8. Garam & gula

Ulam Tambahan Untuk Laksa Penang

  1. Timun
  2. Limau kasturi
  3. Salad
  4. Bawang merah – semua ni hiris halus
  5. Β Telur – rebus

Laksa – 1 kg

Itu bahan-bahannya ye. Cara-cara buat ada di setiap gambar dibawah. Jom ikut step dan cara ibu. Gerenti sedap makan bertambah-tambah.πŸ˜‚

Cara Buat Laksa Penang

bahan laksa penang

Tadaaaaaaa. Ni bahan-bahan buat laksa penang atas daratan orang panggil πŸ˜‚ Kuantiti ikut suka hati tapi ibu guna bunga katan 2 batang je. Daun kesum tu lagi banyak lagi sedap.

ikan buat laksaPertama sekali, siang dan basuh ikan bersih-bersih. Ibu guna ikan kembung 10 ekor, ikan selayang 2 ekor. Orang kata ikan selayang lagi best, tapi ibu buat kelainan. Cehhhhhh.πŸ˜‹

Rebus ikan tadi dengan kuantiti air yang banyak. Sekadar lepas ikan-ikan tadi nak berenang la ye mama-mama semua. Sebab air tu kita nak guna balik. Jangan dibuang tauuu. Masukkan asam keping (2 keping) dan garam secukupnya. Rebus sampai air mendidih nohhh.

Okey. Dah siap rebus ikan tadi dan nampak diorang dah penat berenang, angkat dan sejukkan dulu. Jangan mama-mama terus terkam, kang 4 hari 4 malam makan nasi ngan sudu 😡

Bila dah sejuk, asingkan tulang belulang ikan tadi. Asingkan betul-betul. Buat macam kita nak hidang dekat bakal mak mertua, hahaha. πŸ”₯Tulang jangan buang. Simpan letak tepi dulu.

Okey next, ambik blender dan kisar isi ikan tadi sampai halus mulus ye. Pastikan guna air rebusan ikan tadi. Sebab tu jangan di buang air rebusan.

Lepas blend isi ikan, blend pulak tulang ikan tadi. Blend dengan air rebusan, blend agak-agak hancur lumat ye. Lepas tu tapis dengan penapis santan, jangan tak tapis pulak, kang tercekik tulang naya laaa.

Okey, next kita blend bawang besar tadi bersama belacan. Belacan ni jangan banyak mama-mama, kang resdung pulak πŸ˜‚

Haaa, sementara duk buat benda-benda mengisar tadi, boleh la rebus cili kering ye. Potong kecik-kecik supaya cepat empuk dan senang nak kisar. Lepas dah rebus, kisar ye. Kisar bagi lumattt yakmat. Ibu guna segenggam je cili kering ni, ingat segenggam cili kering bukan segenggam setia.πŸ˜‚

Lepas rebus cili kering, tukar air dan rebus telur. Telur untuk makanan tambahan. Tak lengkap tanpa telur rebus tau.

Okey. Ni dia bahan-bahan kita. Jom kita start buat kuah laksa.😘

Pertama, ambik periuk untuk buat kuah laksa. Jangan guna kuali, kang banjir dapur mama-mama semua. Api perlahan ye. Masukkan isi ikan yang dikisar tadi, masuk perlahan-lahan kang merecik ke muka pulak tak memasal.

Kedua, masukkan air tulang ikan.

Ketiga, masukkan bawang dan belacan yang dikisar tadi. Masukkan semua ye.

Keempat, masukkan daun kesum, bunga katan dan asam keping. Asam keping letak sekeping je sebab masa kita rebus ikan tadi kita dah letak asam keping jadi air ikan tu dah sedia cukup rasa dah.

Kelima, masukkan cili kering yang dikisar. Bab ni, sape suka pedas masukkan banyak sudu. Cam ibu, ibu masukkan 4 sudu. Tak pedas sangat tapi terasa la sikit-sikit.

Lepas tu kacau je. Dan biarkan mendidih. Wahhhhh. Masa ni ibu dah tak kuat iman. Moga jiran sebelah umah tak mai ketuk pintu.πŸ˜‚

Lepas dah mendidih, wahhhhh color dia punya la menggugat iman ibu. Mahu makan bertambah nihhh. Hahaha. Last masukkan perasa cam garam dan gula. Yang ni ikut kemahuan mama-mama. Jangan masin sangat, kang naik darah tinggi. πŸ˜‚

Dah siappppppp. Boleh hidang dengan ulam dan telur rebus tadi. Bersama air tea o beng, fuhhhhhhhhhhhh. Bestttt wei.

kredit resepi: Fatin Shahirah Razali

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Laksa Kuah Sardin Cara Cepat Dan Sedap Bila Teringin Nak Makan Laksa

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.