Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!

0 561

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada semua sektor termasuklah sektor pemakanan. Banyak restoran yang terpaksa menutup seketika dan ada yang mencari alternatif untuk menjadikan makanan mereka nampak menarik.

Menurut CNN Travel, ada beberapa restoran di seluruh dunia mengambil peluang ini untuk memasarkan lagi nama restoran dengan menjadikan makanan bertemakan COVID-19 sebagai salah satu sajian mereka.

1. Burger Corona

Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!

Sebuah restoran Pizza Home di Hanoi, Vietnam ada menjual burger yang berbentuk virus COVID-19. Roti yang digunakan oleh pihak restoran nampak berbeza dari roti yang selalu digunakan di mana roti ini berwarna seakan teh hijau dan mempunyai ‘mahkota’ kecil untuk menjadikanya kelihatan seperti gambar virus yang dilihat di bawah mikroskopik.

2. Telur Easter Corona

Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!Seorang pakar cokelat di Perancis telah menghasilkan telur Easter yang dimodelkan berbentuk seakan virus corona. Menurut Business Insider, Jean-François Pré muncul dengan idea itu sebagai jenaka selepas kecewa kerana sentiasa mendengar tentang penyebaran virus itu.

3.Kek Corona

Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!Disebabkan peningkatan jumlah yang terjangkit dengan COVID-19 di Itali semakin meningkat, pemilik kedai Gelateria Infinito, Andrea Schiroli menyatakan bahawa masalah tidak dapat diselesaikan dengan kesedihan dan ketakutan dan dengan itulah dia menghasilkan kek Corona ini.

BACA: Cukup Lemak & Sedap, Korang Patut Cuba Cheese Cake 3 Bahan Yang Serius Sedap Ini!

4. Cupcakes Corona

Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!

Di Kalkota, India, seorang pemilik kedai bakeri telah menghasilkan cupcakes yang dijual bersama kek berbentuk Corona. Menurut RT.com, ada sesetengah yang memuji dengan penghasilannya dan ada yang menyifatkan perkara ini tidak menjaga sensitiviti masyarakat di sana.

5. Kek Berbentuk Gulungan Tisu Tandas

Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19, Chef Kreatif Untuk Bagi Rakyat Bersemangat!

Malaysia juga tidak terlepas dengan idea yang kreatif. Munurut KL FoodieLepontboulangerie telah menghasilkan kek yang berbentuk gulungan tisu tandas berperisa cokelat. Jika dilihat dengan terperinci, kek ini sama seperti tisu tandas di rumah anda. Mungkin ini salah satu humor yang cuba disampaikan oleh pemilik kedai berkaitan dengan COVID-19.

Dapat dilihat dalam situasi sebegini, kita seharusnya bersifat lebih kreatif dan positif dalam menangani virus ini. Perlu diingat, masalah tidak dapat diselesaikan dengan kesedihan dan ketakutan.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.