Resepi Tepung Talam Gula Merah Menggunakan Sukatan Cawan

1 59,036

Tepung talam merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Sedapnya kalau dapat makan kuih ini terutama jika dibuat sendiri oleh ibu atau pasangan anda.

Kuih tepung talam gula merah ini juga senang diperolehi kerana banyak dijual di gerai-gerai dan kedai makan. Namun air tangan sendiri juga puas hati makan.

Bagaimana nak membuatnya? Senang je pun. Namun tak semua orang pandai membuatnya. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan ini.

RESEPI TEPUNG TALAM GULA MERAH

Bahan-Bahan A (Lapisan Bawah)

  • 1 cawan gula merah yang dimasak bersama dengan 1 cawan air. Jika anda mahukan lebih manis sila tambah sedikit gula pasir.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur (jangan terlalu pekat)
  • 1 sudu besar kicap pekat untuk dapatkan warna yang lebih cantik.
  • 2 cawan air

lapisan bawah tepung talam

Cara Penyediaan:

Langkah 1 – sapukan minyak masak pada loyang dan lapikkan dengan plastik.

Satukan air gula merah dengan air biasa dengan menjadikan 3 cawan air. Campurkan tepung, air kapur, kicap dan gula pasir (jika anda mahu). Kemudian tapiskan. Masukkan dalam kuali, kacau sehingga naik wap. Jangan birakan sampai pekat. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 ke 20 minit dengan api yang agak besar.

Bahan-Bahan B (Lapisan Atas):

  • 2 1/2 cawan santan pekat (Namun jangan terlalu pekat. Tambah air kalau santan terlalu pekat)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa

lapisan atas tepung talam

Cara Penyediaan:

Satukan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapiskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga naik wap. Tuang di atas lapisan gula merah tadi. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Apabila masak biarkan sejuk dan kemudian potong untuk dihidangkan kepada orang tersayang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin mencuba buat sendiri kuih tradisional yang tak ditelan dek zaman ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: facebook

1 Comment
  1. Salleh mohd ali says

    Mohon izin share resepi kueh tepung talam

Leave A Reply

Your email address will not be published.