Berangin Dan ‘Fresh’, Ini Resipi Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite

0 3,067

Jika anda peminat gula-gula Dynamite, maka anda wajib cuba Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite ini. Kalau anda mencari pemanis mulut yang fresh dan berangin, resipi aiskrim ini adalah antara yang wajib anda cuba.

Bahan-bahan Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite:

  • 1 tin susu cair.*
  • 1 tin susu pekat manis.*
  • 4 tin air.*
  • 1/2 sudu kecil garam.*
  • 5 sudu besar tepung ubi (dibancuh terlebih dahulu).
  • Pewarna makanan biru.
  • Gula-gula Dynamite secukupnya.

Resipi Aiskrim Malaysia Viral Bluemint Dynamite

Cara penyediaan Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite:

  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dlm periuk, kacau bagi sebati.
  2. Kemudian didihkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
  4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
  5. Kacau-kacau supaya sebati dan mendidih sekejap.
  6. Tutup api, sejukkan dan tapis ke dalam jug.
  7. Masukkan dua biji gula Dynamite yang telah diketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
  8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Hasil akhirnya adalah seperti di bawah, menarik bukan?

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.