Resipi Cheesecake Rentung Lemak Manis, Hitam Bukan Sebarang Hitam Disukai Ramai!

0 2,121

Setiap kali ke kafe hipster, burnt cheesecake atau cheesecake rentung menjadi antara menu mesti ada setiap kali cafe-hopping. Namun, bila tengok harga, mesti fikir berkali-kali untuk memesannya.

Apa kata cuba pula buat sendiri cheesecake rentung ni pula, bahannya mudah didapati, caranya pun ringkas saja, seperti dikongsikan Puan Siti Zalikha di Facebook. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

bahan-bahan cheesecake rentung

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 150gram gula halus
  • 15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
  • 500gram cream cheese
  • 250gram whipping cream

Cara-cara buat cheesecake rentung:

1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.

2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.

4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Dah sejuk baru potong.

cheesecake rentung

Sumber: Puan Siti Zalikha

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.