Resipi Daging Bakar Danok Yang Pasti Membuat Anda Terliur

0 740

Resipi Daging Bakar Danok Yang Pasti Membuat Anda Terliur | Bercakap tentang daging, pelbagai cara dan resipi enak daging yang pastinya anda pernah lihat. Akan tetapi, pernahkan anda mencuba daging bakar danok?

Pastinya perapan daging untuk daging bakar Danok ini berbeza dengan perapan daging yang sedia ada. Terbaharu, pengguna Facebook Nadia Sukiran MK telah berkongsi resipi terbaik daging bakar Danok. Baca perkongsian resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging bakar danok:

  • Daging
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Garam
  • Gula
  • Cili api hijau dan merah
  • Sos ikan
  • Daun ketumbar
  • Air limau nipis

BACA: Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

Cara-cara membuatnya:

1. Potongkan beberapa daging dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.

2. Selepas daging diperap, bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan daging.

3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.

Resipi Daging Bakar Danok Yang Pasti Membuat Anda Terliur Resipi Daging Bakar Danok Yang Pasti Membuat Anda Terliur

4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.

5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu limau nipis, disusuli dengan 2 sudu gula dan secubit garam.

6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda lagi untuk masak di dapur. Selamat mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan mudah untuk dilakukan.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.