Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph!

0 2,176

Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph! | Rata-rata rakyat Malaysia pasti sudah mencuba resipi kopi viral kegemaran rakyat Korea iaitu Dalgona Coffee. Mana tidaknya, Dalgona Coffee ini turut boleh dinikmati oleh ramai netizen walaupun ada diantara mereka bukan penggemar kopi.

Jika anda tidak suka kopi kerana mudah sakit kepala tidak mengapa, anda boleh cuba jugak minuman viral ni, boleh cuba buat Dalgona Milo ni!

Kepekatan milo yang dicampur susu segar pasti membuatkan anda kembali mengenangkan zaman kecil. Betul bukan? Rakyat Malaysia memang suka milo. Pastinya minum dalgona milo ini akan membuatkan anda rasa bertenaga.

Hanya gantikan nescafe dengan MILO.

Bahan-bahan untuk Dalgona Milo:

  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu gula perang / gula biasa
  • 2 sudu air panas
  • Hujung sudu ovalet
  • Ais
  • Susu segar

Cara-cara:

1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.

Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph!

2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.

Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph!

3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!

Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph!

Tips: Ovalet adalah rahsia untuk kembangkan campuran milo tu, kalau tak guna ni, tak jadi ye.

Resipi Dalgona Milo, Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Kopi. Rasa Tetap Umph!

Hiaskan mengikut kreativiti anda! Boleh lihat contoh mereka yang dah berjaya buat.

Untuk anda yang mahukan minuman ala-ala mewah, senarai minuman dolgana di atas patut dicuba! Tunggu apa lagi?

BACA: Berangin Dan ‘Fresh’, Ini Resipi Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.