Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

1 2,847

Siapa di sini penggemar makan kari daging atau kambing? Selalunya anda makan dengan apa? Kari kambing atau daging sesuai dimakan begitu sahaja dan sesuai digandingkan dengan nasi, roti canai dan banyak lagi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Sheena Supramaniam‎ telah berkongsi resipi istimewa kari daging pekat yang mudah dan lazat yang anda boleh buat di rumah. Baca perkongsian resipi Sheena di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kari daging:

  • Daging kambing 1kg atau 1.5kg
  • Halia- 4 biji sebesar jari
  • Bawang putih- 10 ulas
  • Bawang kecil- 9 biji
  • Kayu manis
  • Star anise
  • Cardamon
  • Bunga cengkih
  • Jintan manis
  • Daun kari
  • Kunyit
  • Serbuk kari atau ayam
  • Serbuk cili
  • Kentang
  • Tomato

Cara-cara membuatnya:

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

1. Basuh bersih daging dan toskan airnya.

2. Kisarkan halia, bawang putih dan bawang kecil.

3. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan 4 beradik iaitu kayu manis, star anisecardamon, dan bunga cengkih.

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

4. Selepas itu, masukkan jintan manis.

5. Kemudian, masukkan daun kari.

6. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan gaul sehingga naik bau.

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

7. Kemudian, masukkan daging dan masukkan kunyit serta gaulkan sehingga rata.

8. Selepas itu, masukkan air secukupnya untuk daging masak.

9. Setelah mendidih, masukkan tomato dan didihkan ia sehingga daging 80% masak.

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

10. Kemudian, masukkan serbuk kari dalam 3 atau 5 sudu besar dan masukkan serbuk cili mengikut kesukaan anda dan gaulkan ia.

11. Selepas itu, masukkan kentang dan garam dan gaulkan ia.

12. Akhir sekali, masukkan tomato dan siap.

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

Lihat gambar sahaja sudah terliur bukan? Anda pun boleh cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!

BACA: Ini Resipi Maggie Kari Tumis Paling Sedap, Patutlah Viral!

You might also like
1 Comment
  1. […] ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.