Resipi Korean Garlic Cheese Bread Untuk Anda Cuba, Mudah Dan Sedap!

Resipi Korean Garlic Cheese Bread

1 444

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Untuk Anda Cuba, Mudah Dan Sedap! | Setiap kali resipi viral muncul di media sosial, pasti ramai yang ingin mencuba. Almaklumlah tidak ingin terlepas ‘hype’ nikmati makanan yang jadi buah mulut netizen.

Tanpa kita sedari dengan kemunculan pelbagai resipi viral ini membuatkan kita rajin mencuba pelbagai menu dari sarapan pagi ke minum petang. Tambahan menu untuk mereka yang sudah bekeluarga, anak pun tidak jemu jika sekali sekala ibu rajin mencuba resipi viral.

Kebanyakan resipi viral sama ada datang dari pengubahbaikan menu sedia ada ataupun resipi viral dari negara lain.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mis Fiona Azua telah berkongsi resipi Korean Garlic Cheese Bread yang pasti memukau selera anda. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

resipi Korean Garlic Cheese Bread

Bahan untuk roti Korean Garlic Cheese Bread

4 biji roti burger dibelah jangan sampai putus.

Bahan untuk cream cheese

Bahan: seketul cream cheese, 4 sudu besar gula dan 50ml susu cair.

Cara penyediaan: masukkan kesemua bahan cream cheese dan gaul sehingga jadi keju seperti buat kek. Kemudian, letakkan di tepi dahulu.

korean garlic cheese bread korean garlic cheese bread korean garlic cheese bread

Bahan untuk buat garlic

Bahan: butter garlic dan 2 biji telur.

Cara penyediaan: Cairkan butter garlic sebanyak 3 sudu besar. Selepas cair, biarkan sejuk seketika.

Cara-cara penyediaan

  • Ambil roti tadi dan letakkan cream cheese pada bahagian tengah yang telah dipotong tadi.
  • Kemudian, celupkan roti ke dalam telur yang kita campurkan dengan garlic tadi.
  • Letakkan atas bekas oven dan bakar dengan guna suhu 170C selama 15 hingga 20 minit dan siap.

Tunggu apa lagi? Anda pun boleh buat sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Roti Bawang Putih & Sup Cendawan Ala-Ala Pizza Hut Yang Patut Korang Cuba!

You might also like
1 Comment
  1. […] ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Korean Garlic Cheese Bread Untuk Anda Cuba, Mudah Dan Sedap! […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.