Resipi Laksa Kuah Sardin Cara Cepat dan Sedap Bila Teringin Nak Makan Laksa

Resipi Laksa Kuah Sardin Cara Cepat dan Sedap

1 2,197

Resipi Laksa Kuah Sardin Cara Cepat dan Sedap Bila Teringin Nak Makan Laksa | Laksa memang ramai peminatnya, kalau yang biasa makan laksa mesti tahu laksa yang sedap bergantung pada cara membuat kuah laksa. Kalau terkurang bahan-bahan memang kurang ummph lah hidangan laksa tersebut.

Ramai yang sanggup berusaha pergi ke pasar untuk mendapatkan bahan-bahan yang segar untuk buat kuah laksa terutama sekali bahan utamanya iaitu ikan.

Namun kadang kala tekak terasa nak makan laksa tapi menjadi agak sedikit rumit apabila terpaksa siang ikan dan carik-carik isi ikan. Makan masa pula tu nak buat kuah laksa, apabila kemalasan melanda diri tukang masak mesti pelbagai idea memudahkan kerja memasak ni muncul.

Dirumah tiada ikan yang sesuai untuk membuat kuah laksa atau anda malas nak siang ikan? Jangan risau dengan hanya menggunakan ikan sardin sebagai kuah laksa akan lebih memudahkan kerja masakan di dapur anda. Hanya memerlukan lebih kurang 30 minit bagi menyiapkan hidangan laksa kuah sardin yang sedap. Jom cuba!

Bahan yang perlu disediakan untuk buat Laksa Kuah Sardin

Resipi Laksa Kuah Sardin

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan bagi menyediakan kuah laksa ini adalah:

  • 1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel),
  • asam keping
  • 3 sudu cili boh (ikutlah tahap kepedasan)
  • daun kesum
  • belacan (kalau suka)
  • sos ikan sikit bagi naikkan rasa,
  • garam secukup rasa
  • limau kasturi
  • dan akhir sekali sudah tentunya laksa basah.

Cara-caranya

Resipi Laksa Kuah Sardin

Resipi Laksa Kuah Sardin

Pertama sekali lenyekkan ikan sardin itu bersama sosnya atau guna blender pun boleh. Kemudian, tumiskan cili boh dan asam keping, masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek bersama daun kesum ke dalam kuali.

Sukat air mengikut saiz tin sardin tadi dalam anggaran 3 atau 4. Kemudian, biarkan kuah masak dalam masa 20 hingga 25 minit.

Siap untuk dihidang!

Resipi Laksa Kuah Sardin

Hidangan laksa kuah sardin siap untuk dihidangkan untuk keluarga dan juga tetamu yang hadir ke rumah anda. Jangan lupa perahkan limau kasturi untuk rasa sedikit masam. Kalau nak pedas lagi, hiriskan cili untuk dimakan bersama. Selamat mencuba!

Sumber: Food Viral MY

You might also like
1 Comment
  1. […] ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Laksa Kuah Sardin Cara Cepat Dan Sedap Bila Teringin Nak Makan Laksa […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.