Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

0 1,189

Pelbagai masakan yang boleh dibuat menggunakan mee kuning, bukan? Apa menu kegemaran anda?

Malah, jika beli mee kuning di kedai, kadangkala apabila masak anda akan rasa kapur walaupun sudah basuh bersih. Apa kata buat sahaja sendiri mee kuning tanpa kapur dan bahan pengawet.

Mudah sahaja nak buat mee kuning ini, ikuti sahaja resipi perkongsian pengguna Facebook Roshima Ibrahim Shima ini di bawah. Ayuh kita mulakan!

Hasilkan mee kuning homemade petang ini.Boleh share dan cuba jika suka, abaikan jika tidak.Mee kuning buat sendiri…

Posted by Roshima Ibrahim Shima on Monday, March 23, 2020

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu makan garam
  • Pewarna kuning
  • Segelas air

Cara-cara membuat mee kuning:

1. Masukan tepung dalam bekas.

2. Ambil bekas kecil, masukkan 1 cawan air, pecahkan telur, dan masukkan garam dan pewarna kuning serta gaul rata menggunakan garfu.

3. Tuangkan bahan dalam besen kecil tadi ke dalam bekas tepung dan uli sehingga sebati dan tepung tidak melekat di tangan.

Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

4. Kemudian, bentukkan doh tersebut bentuk bulat dan leper-leperkan.

5. Gunakan mesin agar doh tersebut menjadi leper terlebih dahulu dan taburkan dengan tepung supaya ianya tidak melekat.

6. Saya guna no 7 sebab masing-masing lain mesin mee. Ikut pada kesesuaian mesin mee masing-masing.

7. Kemudian, pastikan sapu tepung sebelum masukkan doh tadi menjadi mee dan alas menggunakan tudung periuk.

Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

8. Masukan air ke dalam periuk dan didihkan, letakkan sedikit minyak masak.

9. Masak seketika mee itu, jika mee timbul maka ia sudah masak.

10. Angkat dan toskan mee dan titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan siap.

Resipi Mee Kuning Tanpa Kapur & Pengawet, Hanya Gunakan 5 Bahan Jer!

Sudah ada mee, apa kata cuba buat mee bandung atau mee goreng kegemaran anda pasti rasanya lebih sedap tanpa kapur dan pengawet!

BACA JUGA: Yang Suka Makan Ramen, Boleh Cuba Mi Ban Mian. Ini Cara Masak Yang Mudah & Sedap!

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.