Resipi Pepes Ayam Paling Mudah Boleh Guna Isi Ayam & Simpan Sejukbeku!

0 1,444

Otak-otak merupakan juadah pembuka selera yang sangat digemari ramai. Khususnya jika anda berkunjung ke negeri Pantai Timur, pastinya mudah sekali untuk menjamah makanan yang diperbuat dari isi ikan ini.

Namun, tidak ramai yang pernah mencuba otak-otak ayam atau dikenali sebagai pepes ayam. Jadi, kalau nak ubah selera dari selalu menggunakan isi ikan, boleh lah cuba menggunakan isi ayam pula.

Kadang kala ada yang alergi dengan ikan sehingga gatal-gatal tapi masih teringin untuk merasai kesedapan otak-otak yang merupakan salah satu menu semasa minuman petang yang lazat!

Kalau nak beli memang agak mahal sedikit pepes ayam ini berbanding otak-otak ikan biasa kerana satu biji pepes ayam lebih banyak berbanding sekeping otak-otak!

Jadi apakata yang teringin nak mencuba tu buat sendiri je ikut resipi pepes ayam dibawah:

RESEPI PEPES AYAM

Sapa-sapa yang biasa makan otak-otak atau sata, PEPES AYAM ni lebih kurang jer rasanya. Hari ni saya buat banyak-banyak, setengahnya saya frozenkan. Senang nak makan…bakar jer dalam oven, boleh makan panas-panas.

pepes ayam

BAHAN-BAHAN

  • Isi ayam bahagian dada – dikisar
  • 2 biji telur
  • 2 sdb ketumbar**
  • 2 sdb jintan manis**
  • 2 sdb jintan putih**
  • 3 btg serai**
  • 5-6 ulas bawang merah**
  • 3 ulas bwg putih**
  • 4 biji buah keras**
  • 1 inci halia**
  • 1 inci kunyit**
  • Segenggam cili kering**
  • 2 kiub ayam
  • 250 ml santan kara
  • Secukup rasa Garam, gula
  • Daun pisang utk membungkus

CARA-CARA

1.Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.

cara buat pepes ayam

2. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.

cara buat pepes ayam

3. Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata-rata isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas-pedas manis.

cara buat pepes

cara buat pepes ayam

4. Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.

cara buat pepes ayam

5. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas, sedapnya!

pepes ayam

*Boleh cuba untuk siapa yang tak pernah makan otak-otak ayam atau pepes ayam ini.

Sumber : Rozmaliza Omar

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.