Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Bermodalkan RM5 Sahaja!

Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri

0 921

Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Bermodalkan RM5 Sahaja! | Roti merupakan antara menu pilihan selepas nasi ataupun mee, ini kerana ianya mudah di makan begitu sahaja. Bagi mereka yang minat dengan pelbagai jenis roti memang terlalu banyak pilihan yang anda boleh pilih di pasaran sekarang.

Tetapi tidak dinafikan ada yang memilih roti yang sihat berbanding roti pelbagai perisa yang mungkin mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Tambahan pula roti kosong tanpa sebarang perisa tambahan lebih mudah di padankan dengan pelbagai menu yang lain seperti roti yang dibakar.

Ibu-ibu yang suka memasak pula selalunya memilih untuk membuat roti sendiri untuk ahli keluarga. Nak pula kalau ada ahli keluarga yang ramai lebih jimat dan banyak roti boleh dihasilkan sendiri kalau tahu resipinya.

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Korean Garlic Cheese Bread Untuk Anda Cuba, Mudah Dan Sedap!

Apa kata anda cuba buat sendiri roti dengan mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan gebu serta paling utama modah hanya serendah RM5 sahaja. Baca perkongsian resipi oleh pengguna Facebook Azlina Ina di bawah ini. Ayuh kita mulakan!

RESIPI ROTI GEBU

Bahan-bahan membuat pelembut doh:

  1. Tepung gandum – 2 sudu besar
  2. Secawan air

Cara-cara membuat doh:

  • Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
  • Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

Bahan-bahan membuat yis:

  1. Yis
  2. 1/2 cawan air suam
  3. 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

  • Tuangkan air suam ke dalam yis.
  • Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

resipi roti gebu

Bahan-bahan adunan resipi roti gebu:

  1. 1kg tepung
  2. Sebiji telur
  3. 3 sudu besar majerin atau butter
  4. 3 sudu besar pelembut doh
  5. Sedikit garam halus
  6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  8. 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan resipi roti gebu:

  • Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.
  • Selepas itu, uli sikit-sikit.
  • Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.

resipi roti gebu resipi roti gebu

  • Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.
  • Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
  • Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.

resipi roti gebu

  • kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh.
  • Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
  • Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.
  • Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.

resipi roti gebu resipi roti gebu

  • Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.
  • Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudah masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.
  • Siap ikut resipi roti gebu, memang mudah kan!

resipi roti gebu

Bagi yang pertama kali nak buat ikut resipi roti gebu ni pasti rasa sedikit sukar tapi kalau sudah selalu buat anda boleh ubahsuai sendiri mengikut citarasa anda. Kalau malas nak pergi ke kedai beli roti selepas ni boleh lah buat roti sendiri!

Sumber: Azlina Ina Fans

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.