Resipi Sup Ayam Ala Thai, Masam-masam Pedas. Senang Nak Buat Dan Rasanya Padu!

Resipi Sup Ayam Ala Thai, Masam-masam Pedas.

0 461

Siapa dekat sini penggemar sup ayam? Kalau korang perasan, setiap kali order sup dekat kedai makan atau restoran Thai mesti rasa sup dia agak berlainan dari biasa kan? Rasanya yang pedas, masam dan masin sememangnya mampu membuka selera orang ramai.

Menu negeri dari seberang ini memang sentiasa kena dengan tekak rakyat Malaysia yang berjiran dengan negara Thailand. Selain dari tomyam sup ayam juga mendapat tempat di hati ramai pelanggan yang berkunjung ke kedai makan yang menawarkan masakan Thailand.

Sebenarnya memang banyak juga bahan untuk resipi sup ala Thai ni sebab tu ramai yang lebih mudah untuk memesan sahaja sup ayam ini dari kedai berbanding buat sendiri.

Tetapi kalau anda terlebih rajin dan mahu berjimat boleh je buat sendiri sup ayam ala Thai ni. Apa kata korang cuba resepi sup ayam ala Thai yang dikongsikan oleh Tini Joe di Facebook. Senang je!

Resipi Sup Ayam Ala Thai

Tumiskan bahan-bahan

  • Tumbuk bawang putih dan halia
  • Potong bawang merah, bawang besar dan serai
  • Ketuk cili (Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
  • Minyak sikit. Tumis semua sekali.
  • Campur hirisan lemak ayam.
  • Nak terus letak daun limau purut + akar ketumbar pon boleh
  • Tumis sampai layu/garing/wangi.
  • Api medium.

Basuh ayam dan bilas

  • Ayam, celery dan carrot.
  • Basuh.
  • Potong.
  • Siram/bilas. (Duduk diam-diam kat bucu kaunter. Tunggu nama naik nanti baru pergi terjun masuk dalam puyuk okay)

  • Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Close pot/pan with lid hingga ayam masak. Pahtu baru campak masuk C&C.

Bahan-bahan sup

  1. Kiub Ayam Knorr
  2. Sup Bunjut Adabi
  3. Garam
  4. Gula
  5. Maggi cukup rasa
  6. Thai Fish sauce

Sayur-sayuran

sup ayam ala thai

  1. Daun Ketumbar/Coriander
  2. Hirisan bawang besar (wedges)
  3. Cili potong
  4. Tomato
  5. Daun limau purut
  6. Perahan asam limau nipis

Dah siap!

sup ayam ala thai

Sup ayam ala Thai Masin + Pedas + Masam + secukup rasa memikat selera! Ready to serve!

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.