Resipi Teh Halba Ni Patut Diamalkan, Mudah Nak Buat Dan Berkhasiat!


Ramai yang suka minum kopi dan teh kan? Ada yang minum sebab memang sukakan rasa dan aroma 2 pilihan minuman ini. Tetapi tidak dinafikan ada yang minum kerana khasiat yang boleh diperolehi dengan mengamalkan minum kopi dan teh. Pernahkah anda dengar tentang teh halba? Ramai terbayangkan rasa “pelik” halba maklumlah biasanya ia digunakan di dalam masakan yang memang menghasilkan aroma dan rasa rempah yang kuat.

Masih ramai yang tidak berani mencuba teh halba ini, namun sebenarnya teh halba merupakan minuman tradisional rawatan alternatif pelbagai jenis penyakit dan boleh juga mencegah beberapa penyakit serius dari menyerang kita.Β 

Kepada yang ingin mencuba resipi ini, boleh lihat caranya dibawah yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah :

RESEPI TEH HALBA YANG MUDAH DAN BERKHASIAT

Bahan-bahan:

  1. Halba satu sudu kecil
  2. Air segelas
  3. Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi. 😁
  4. Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.

Cara-caranya:

Rebus halba sehingga mendidih.resepi teh halba

Biarkan sejuk.

Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Khasiat teh halba:

  • Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
  • Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini. πŸ˜„
  • Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
  • Merawat masalah sembelit & buasir. 6- Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
  • Mengetatkan & menremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. Oppst. πŸ™Š
  • Menghilangkan lendir & sakit tekak.
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
  • Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.

Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba. 😊

Kredit resepi kepada β€ŽPuan Sumaiyah Abdullah


One response to “Resipi Teh Halba Ni Patut Diamalkan, Mudah Nak Buat Dan Berkhasiat!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *