Resipi Nasi Udang Bersama Udang Black Pepper, Menu Wajib Cuba Bagi Peminat Seafood!

Resipi Nasi Udang Bersama Udang Black Pepper, Menu Wajib Cuba Bagi Peminat Seafood!

Memang jarang kita dengar orang berkongsi resipi nasi udang ni kalau pergi makan di kedaipun memang biasanya tiada dalam menu, kebiasaan kita dengar nasi daging, nasi biryani, nasi tomato tapi kali ni kita nak kongsikan resipi nasi udang bersama udang blackpepper.

Resipi nasi udang bersama udang blackpepper kali ini agak unik kerana udang tidak dimasak di dalam nasi sekali, tetapi hanya mengambil jus-jus udang yang dimasak separuh masak.

Untuk membuat nasi udang ni perlu menggunakan udang yang segar dan saiz yang agak besar baru sedap dimakan. Bila dalam pinggan pun nampak berselera je nak makan. Lagipun kita perlukan jus udang, kalau udang kecil kurang terasa jusnya dan perlukan jumlah udang yang banyak. Semakin besar udang yang kita gunakan semakin sedap resipi nasi udang ni. Tapi untuk kali ni kita pakai udang saiz sederhana sesuai untuk menu orang berkeluarga.

Tak salah sekali sekala tukar menu nasi udang dengan udang blackpepper ni. Pasti anak-anak suka dan tambah berkali-kali. Udang yang digunakan pastikan yang segar supaya rasa manis udang dapat menambahkan lagi rasa nasi.

Resepi nasi udang bersama udang blackpepper dikongsi oleh Nurul Ateekah dilaman facebooknya. Mesti ada yang tengah teringin nak mencuba resepi ini. Jom cuba resipi nasi udang!

RESIPI NASI UDANG BERSAMA UDANG BLACKPEPPER

Aroma dari stock air udang yang keluar dapat dan diserap oleh nasi dapat menyedapkan lagi nasi udang ini, lepas itu makan pulak dengan udang blackpepper memang terangkatlah.

Bahan-bahan yang diperlukan  :
Bahan-bahan untuk memasak nasi udang
  • 4 pot beras
  • 3 batang serai
  • 1 kg udang
  • 3 sudu besar butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 4 biji bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam

resipi nasi udang

Bahan-bahan untuk memasak udang blackpepper
  • 1 kg udang yang dimasak
  • ½ bawang holand dipotong serong
  • 1 batang cili merah dipotong serong
  • 1 batang cili hijau dipotong serong
  • ¼ biji capsicum kuning ( dipotong )
  • 4 biji bawang putih ( dicincang )
  • 2 cm halia ( dihiris )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk blackpepper
  • 7-8 sudu besar sos blackpepper
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar butter

resipi nasi udang

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI UDANG : 
  1. Mula-mula sekali masak udang dengan 1 sudu besar minyak sehingga separuh masak dan ambil stock air udang untuk memasak nasi.
  2. Panaskan minyak dan butter didalam periuk nasi.
  3. Seterusnya, masukkan halia, bawang putih dan serai tumis sehingga naik bau dan keperangan.
  4. Selepas itu, masukkan kiub ayam, serbuk jintan putih, susu cair, stock air udang dan air untuk memasak nasi.
  5. Akhir sekali, gaul rata dan masukkan beras ( tunggu sehingga masak )

resipi nasi udang

resipi nasi udang

resipi nasi udang

resipi nasi udang

CARA PENYEDIAAN UDANG BLACK PEPPER :
  1. Panaskan minyak dan butter.
  2. Selepas itu, masukkan bawang putih, halia, dan serai. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.
  3. Kemudian, masukkan sos blackpepper, sos tiram, dan serbuk blackpepper. Kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan udang, cili merah, cili hijau, capsicum, bawang holand, daun kari dan serbuk perasa. Kacau rata dan masak sebentar.
  5. Akhir sekali, siap untuk dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Hidangkan sekali dengan acar cuka pun sedap.

Fuhh! Bau aroma nasi udang pon sudah mengiurkan belum lagi dimakan dengan udang blackpaper pasti lagi mengancam. Kalau masak resipi ini dapat mengikat lagi hati suami dan anak-anak.

resipi nasi udang
Benda yang boleh membahagiakan kita salah satu dapat makan makanan yang sedap. Siapa tak bahagiakan bila dapat makan makanan yang sedap-sedap ni. Silap-silap tak perasan dah tambah nasi banyak kali. Bagi peminat seafood dapat makan nasi udang ni dengan udang blackpepper yang besar-besar macam ni memang puas hati sangat. Kalau nak merasa menu di kedai memang seram tengok harganya.

Resipi yang wajib dicuba nasi udang bersama udang blackpepper yang super sedap! Sekali makan dah tak pandang lain. Terima kasih kepada Nurul Ateekah sudi kongsi resipi yang sedap ini. Selamat mencuba!

Leave a Comment