Resipi Siakap Goreng Kicap Cair Masak Halia, Menu Sihat Orang Cina
Kali ini masak kicap agak berbeza sedikit kerana masakan kali ini ala chinese dish, Resipi Siakap Goreng Kicap Cair Halia. Menu melibatkan kicap ni biasanya memang sangat diminati oleh kanak-kanak dan orang berusia. Nak pula bila menu kicap ni merupakan salah satu menu makanan sihat.
Kicap merupakan penyedap dalam makanan, berwarna hitam, mempunyai rasa manis dan masin. Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Dalam resepi yang dikongsi kali ini menggunakan kicap cair iaitu kicap masin sebagai kuah pada hidangan.
Kalau yang pernah makan di restaurant chinese pasti pernah dengar dan pernah rasa hidangan ini. Walaupun hanya masak kicap tapi rasanya sangat sedap sekali dan rasanya tidak sama seperti masak kicap biasa.
Dalam masakan chinese pasti akan ada minyak bijan. Ramai yang menggunakan minyak bijan kerana ia menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Baunya harum dan kuat, boleh dikatakan mudah untuk mengecam makanan yang diletakkan minyak bijan.
Asyik cuba masakan thai je, apa kata kali ini kita cuba pula chinese dish. Kebiasaannya, masakan chinese lebih kepada masakan yang lebih bersifat sup dan dikukus. Jika ingin mencuba hidangan siakap goreng kicap halia boleh mencuba resepi dari Marina Ismail.
RESIPI SIAKAP GORENG KICAP CAIR HALIA
Dalam resipi siakap goreng kicap ini menggunakan ikan siakap, tetapi jika ingin menggunakan ikan jenis lain pun boleh, seperti ikan kerapu, bawal ataupun ikan kod. Ikan kod agak mahal tapi rasanya sangat sedap, cuma agak mahal tapi tidak salah jika sekali sekala nak merasanya. Kalau yang suka versi lebih sihat, ikan tu boleh dikukus.Nak guna ikan jenis apa tu terpulang kepada stok yang ada di rumah.Pesanan saya halia tu kena goreng banyak banyak sebab rasanya sangat sedap dimakan bersama kuah kicap.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi siakap goreng kicap cair halia:
- 1 ekor ikan siakap
- ¼ cawan light soy sauce
- 3 inci halia (hiris sederhana & hiris lagi seperti batang mancis)
- 1 sudu teh brown sugar
- Daun bawang (Bahagian pangkal, potong lebih kurang 1.5 inci)
- Daun bawang (Bahagian atas, hiris untuk hiasan)
- Timun (Hiris tipis. Guna peeler lebih mudah)
- Cili padi
- Minyak bijan (lupa nak letak dalam gambar flatlay)
- Sedikit Air Panas
- Sedikit Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN RESIPI SIAKAP GORENG KICAP MASIN HALIA
- Hiris halia, tidak terlalu nipis, hiris lagi hingga jadi macam batang mancis, lepas tu goreng sekejap dan ketepikan.
- Selepas itu, lumurkan ikan dengan garam dan goreng hingga garing.
- Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.
- Goreng ikan hingga garing, dah masak angkat dan ketepikan.
- Kemudian keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain.
- Masukkan bancuhan light soy sauce, minyak bijan, brown sugar, air panas, daun bawang dan cili padi.
- Masak dan biarkan mendidih sekejap.
- Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang yang curly tadi dan dan halia goreng atas ikan. Settle!
Siap dah hidangan seperti restaurant lima bintang. Hidangan resipi siakap goreng kicap ini tidak pedas, tapi jika nak pedas gigit sahaja cili padi tersebut. Aroma dari minyak bijan membuatkan bau hidangan ini lebih wangi dan menyelerakan!
Timun yang dipotong boleh dimakan, bukan sekadar hiasan semata. Rasa timun tersebut sangat sedap sebab sudah sebati dengan rasa kuah kicap. Hirisan bahan-bahan pun agak berbeza jika untuk membuat masakan chinese ni. Kalau yang sukakan halia boleh je tambah lagi halia tu, memang elok untuk kesihatan halia ni membantu membuang angin dalam badan dan memanaskan badan. Menu ni juga sesuai untuk wanita selepas bersalin ataupun mereka yang baru sihat dari sakit, ikan siakap tu boleh direbus untuk kurangkan kandungan minyak.
Selalu sangat makan masak kicap yang pekat dengan menggunakan kicap manis tu, apakata kali ini cuba pula resipi siakap goreng kicap cair halia, pasti akan membuat mereka jatuh cinta dengan rasanya!