Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana resipi telur bistik yang sedap dan manis di kedai dibuat? Sebenarnya mudah sahaja cara membuatnya. Telur bistik jenis kering versi inti daging atau ayam yang dibalut dengan telur dadar. Manakala versi basah biasanya kuah di tuang di atas telur dan lebih berkuah. Kalau pergi makan kedai siam pasti tak lupa untuk order telur bistik ni. Ada yang nak cuba Resipi Telur Bistik dah tak perlu order buat sendiri je kat rumah. Yang penting memang sedap dan mudah sgt nak buat!
Telur bistik atau telur bungkus, sangat senang untuk dibuat dan sedap dimakan. Dalam hidangan ini, perlu dimasak intinya terlebih dahulu baru goreng telur dadarnya, kemudian inti akan dibalut dengan telur dadar.
Intinya biasa akan dicampur daging atau ayam yang dimasak sekali dengan sayur campur. Jadi hidangan ini memang kaya dengan protein dan vitamin. Daging atau ayam juga boleh diguna daging fresh atau daging cincang.
Senang kerja ibu bila masak ikut resipi telur bistik ni, sebab dah cukup lengkap dengan telur, daging dan sayur. Tak perlu lauk banyak-banyak, makan dengan nasi panas-panas pun dah menyelerakan.
Kalau ada yang tak tahu hidangan ini sebenarnya berasal dari Thailand, kebanyakkan hidangan dari negara seberang memang semua sedap-sedap. Resipi telur bistik ini dari perkongsian Bube Saje.
RESIPI TELUR BISTIK
Kalau ada yang perasan telur bistik ni ada dua versi, satu dibungkus dan satu lagi disiram atas telur dadar. Untuk yang dibungkus, intinya akan dimasak sedikit kering. Manakala untuk yang disiram perlu dimasak agak berkuah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Daging cincang (ikut suka sukatan)
- 1 biji bawang besar *
- 1 biji bawang holland *
- 2 ulas bawang putih *
- 1/2 batang carrot *
- Daun bawang sikit (di cincang)
- Secubit jintan putih
- 2 sudu sos cili thai
- 2-3 biji telur
- Garam secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN TELUR BISTIK
- Potong dadu semua bahan yang bertanda * dan tumis semua bahan tadi.
- Selepas itu, masukkan jintan putih, daun bawang dan daging kisar.
- Kemudian masukkan sos cili thai dan Garam.
- Apabila dah masak, toskan minyaknya.
- Pukul telur sampai betul-betul sebati tanpa letak sebarang perasa.
- Seterusnya, panskan kuali dengan betul dan ratakan minyak keseluruh kuali. Tuangkan telur dan ratakan dengan api sederhana.
- Letakkan bahan yang digoreng tadi diatas telur. Biarkan sebentar dan lipat Kiri, kanan, atas, dan bawah telur dalam kuali tersebut.
- Tutup api,ambik pinggan yang agak besar, letak atas kuali dan terbalikkan kuali.
Memang bukan mudah untuk buat telur bistik ni, perlu ada teknik untuk membungkus telur tersebut. Hidangan ini sedap disebabkan dalamnya ada daging yang dimasak dengan sos. Bila digaul dengan nasi memang menyelerakan sekali.
Untuk mendapatkan bungkusan telur yang elok, pastikan menggunakan kuali yang mempunyai permukaan yang agak luar untuk meratakan telur. Pastikan minyak diratakan seluruh permukaan kuali supaya telur tidak melekat bila nak membungkus nanti.
Makan yang ni saja pun dah sedap, tak perlu lauk lain cuma perlu nasi panas-panas je. Itu pun dah menyelerakan. Satu hidangan kalau dah lauk dan sayur pun dah cukup untuk makan. Resipi telur bistik yang super sedap ni boleh dicuba sendiri dirumah!