Resipi Agar-Agar Santan Lumut, Cara Penyediaan Mudah Dan Pasti Jadi!

Resipi Agar-Agar Santan Lumut, Cara Penyediaan Mudah Dan Pasti Jadi!

Mesti ramai nak mencuba resipi agar-agar santan lumut, sebabnya kalau dah merasa sekali memang tak cukup rasa macam nak makan sedulang je! Siapa tak pernah merasa agar-agar lumut ni dan teringin nak cuba buat sendiri boleh teruskan membaca. Kalau dulu-dulu memang agar-agar lumut ni lah yang sering nenek-nenek kita buat bila ada majlis makan-makan atau pada bulan puasa. Resipi Agar-agar Santan Lumut ini senang sahaja, bahan-bahan pun tidak terlalu rumit untuk disediakan.

Agar-agar lumut biasanya berwarna hijau kerana penggunaan daun pandan, dan aromanya juga sewangi daun pandan. Jika makan masa sejuk-sejuk memang sedap sekali. Yang paling best kalau ikut resipi agar-agar santan lumut yang akan kami kongsikan ni, hasilnya memang memuaskan kejadiannya elok sama seperti hasil tangan mak-mak kita.

Agar-agar lumut atau agar-agar santan ini memang kesukaan orang tua dulu-dulu selain dari puding biasanya agar-agar ini juga mencari menu tambahan semasa majlis kenduri, walaupun kesukaan orang dulu-dulu, kanak-kanak jugak tak kurang minatnya. Agar-agar ini memang sedap rasa lemak manis dari santan.

Resipi Agar-Agar Santan Lumut

Agar-agar lumut ni walaupun nampak ringkas dan mudah, tapi kalau salah cara tak akan menjadi layer santan dan pandan tu. Resepi agar-agar lumut dikongsi oleh Zura Zul.

Memang betul-betul sedap agar-agar lumut ni. Biar nama je pelik tapi rasanya memang sangat sedap. Resepi agar-agar lumut ini ibu-ibu boleh cuba dirumah, resepi yang mudah cuma perlukan teknik yang betul sahaja.

RESIPI AGAR-AGAR SANTAN LUMUT

Agar-agar lumut tak semestinya dimasak dengan daun pandan sahaja, ada juga resepi agar-agar lumut gula merah. Cara yang sama cuma tukarkan air pandan dengan gula merah sahaja.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 20g agar-agar tali @ serbuk agar-agar 11gm
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 1 biji telur gred A
  • 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air jadikan 2 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan ( blend 4 – 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air ) tapiskan
  • Pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

 

CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN LUMUT :

▶️ Mula-mula masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar, masukkan gula dan kacau-kacau rata

▶️ Tuang jus pandan, tak nak bagi nampak pucat boleh tambah sedikit pewarna hijau epal dan kacau-kacau rata.

▶️ Selepas itu, pecah telur dalam santan dan kacau-kacau sebati (guna whisk)

▶️ Kemudian, tuang terus dalam periuk agar-agar tadi dan masukkan sedikit esen vanilla & sedikit garam. kacau seketika dengan api besar.

▶️ Biarkan agar-agar tu masak mendidih membuak sampai permukaan periuk, tutup api dan kacau seketika.

▶️ Akhir sekali, tuang dalam loyang 8×8, biarkan beku/sejuk, nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan

▶️ Simpan dalam peti sejuk 1 – 2 jam dan boleh potong ikut suka

Resipi Agar-Agar Santan Lumut

Hasil dari resipi agar-agar santan lumut ni memang tak kan menghampakan, majoriti yang telah mencuba memang ramai cakap terus jadi pada percubaan kali pertama je. Agar-agar elok je keras tak lembik sangat, sedang elok bila disejukkan lebihlah bertambah sedap!

Jika yang suka gula merah punya, boleh follow juga resipi ini cuma gantikan dengan air biasa dan gula merah sebagai pewarna. Agar-agar lumut ni biasanya ramai yang risau nak buat sebab takut tak menjadi. Tapi sekali kalau dah menjadi, memang korang akan tak sabar nak buat lagi. Sebab agar-agar ni tidak terlalu plain dan ada rasa lemak di bahagian atasnya.

 

Walaupun nama agar-agar santan lumut tetapi rasanya bila dikeluarkan dari peti ais memang sangat sedap. Boleh dikatakan makanan penyejuk tekak pada musim-musim panas. Setiap suapan agar-agar lumut pasti akan mengimbas nostalgia zaman dulu-dulu. Teringat nenek yang selalu buat agar-agar lumut untuk makan pada waktu petang.

 

Ibu-ibu mesti dah tak sabar nak cuba buat resipi agar-agar santan lumut ni kan?  Yang tanya sedap ke tak tu kena cuba dahulu resipi ni, gerenti buat sekali hari lain nak lagi. Selamat mencuba!

Leave a Comment