Air atau minuman manis adalah yang paling penting sekali bila nak makan bersama keluarga nak pula kalau ada ramai kanak-kanak. Tetapi kalau hari-hari asyik bancuh air yang sama sahaja pun bosan juga bukan?
Oleh itu terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana ada cara untuk bancuh air oren yang bukan oren biasa tapi air oren yang rasa macam vitagen! Menarik dan anda boleh cuba untuk berbuka petang nanti.
Biasanya kalau di rumah ada pati sunquick jarang habis kadang tu sampai tarikh luput buang begitu saja sebab anak-anak kadang tak suka rasa masam oren sunquick ni. Jadi mak-mak kena kreatif untuk pastikan sunquick kat rumah tu habis sebelum tarikh luput. Salah satu caranya dengan mencuba resipi air oren ala-ala vitagen ni.
CARA BUAT AIR OREN MACAM VITAGEN
Air sunquick pun nak post ? Yee nak post sebab sedap.Air sunquick ala-ala vitagen.
Resepi :
- oren sunquick
- susu pekat
- bancuh dengan air panas.
1. Bancuh air oren bersama susu pekat dan masukkan air panas. Kacau laju-laju supaya tak berkeladak.
Kemanisan agak-agak sendiri ya. Saya buat kurang manis. Tapi kalau nak letak ais banyak kasi manis pun takpe nanti kejap je ais tu akan tawarkan semula air ni.
Noted : Saya buat susu tak pecah / berkeladak. Kalau ada yang buat susu pecah / berkeladak sorry ehhhhhh . Mungkin sukatan susu mempengaruhi saya buat 4sb sunquick 4sb susu. Manis sedang-sedang je ni. Air dalam 200ml pastu tambah air. Ais habis pun air tak berkeladak.
Siap!
**tips dari ahli : bancuh dengan air panas , kacau laju-laju dan lama sikit. In shaa Allah air tak berkeladak.
Sumber: Nur Haziqah