Ini Sebab Kena Rajin Amalkan Makan Taugeh Selain Untuk Turunkan Berat Badan | Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein. Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan. Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesu buran lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zvriat, amalkan makan taugeh.
Di Malaysia, boleh dikatakan hampir kebanyakan masakan mengandungi taugeh. Sama ada sayur taugeh, char kuetiau, bihun goreng malah dalam burger pun ada taugeh. Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia. Taugeh ini mempunyai rasa yang manis, rangup dan lembut. Berbalik kepada deria rasa masing-masing, taugeh ini memberikan rasa yang berbeza kepada setiap individu. Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu.
Berikut merupakan antara khasiat apabila makan taugeh :
1- Sumber Enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
2- Sumber Protein
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam. Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, k0lesterol dan kalori seperti sumber protein lain. Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.
3- Mudah Dihadamkan
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.
4- Menurunkan Berat Badan
Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh. Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Makan taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.
5- Meningkatkan Kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dengan makan taugeh dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai h0rmone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.
6- Mencegah Anemia
Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel da rah merah. Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel da rah merah.
7- Kaya antioksidan
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.
8- Kaya asid lemak
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan? Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi digalakkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka kerana ia membantu menyisihkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.
Petua “orang lama” pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sp3rma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan subur. Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh? Jadikan ia sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet kerana manfaat sayur taugeh adalah sangat banyak dan penting buat kita.