Amalkan Makan Pucuk Paku Boleh Cegah Gout Dan Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

makan pucuk paku

Amalkan Makan Pucuk Paku Boleh Cegah Gout Dan Kurangkan Kolestrol Dalam Badan | Pucuk paku merupakan sejenis sayur dengan keunikan tersendiri. Sesuai dengan namanya, sayuran ini mempunyai bentuk daun yang memanjang mirip seperti paku. Rasanya yang lazat untuk dijadikan sebagai sayuran dengan lauk lainnya membuat sayur ini popular di kalangan penggemar sayuran.

Ada berbagai macam resepi masakan dengan menggunakan pucuk paku, namun yang paling menjadi kegemaran iaitu masak tumis dari sayuran ini. Namunpun begitu sayur ini tidak lah mudah diperolehi dan kadang kala bermusim juga.

Nama saintifik bagi pucuk paku adalah Diplazium esculentum dan keluarga Athyriaceae. Ia tumbuh di kawasan pantropika seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja dan Laos.
Di Malaysia pucuk paku selalu digoreng sambal belacan, masak lemak, dan lain-lain. Hasil carian di pangkalan jurnal berindeks, terdapat sekitar 145 kertas kajian mengenai pucuk paku dari pelbagai bidang penyelidikan.

Jika kesihatan anda terganggu, pengambilan sayuran pucuk paku di galakkan kerana sayuran hijau ini mengandungi banyak jenis gizi serta nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh. Tubuh anda tidak hanya menjadi lebih sihat, namun juga lebih kuat dalam mencegah serangan penyakit.

Selain sebagai masakan, anda juga boleh mencampur pucuk paku dengan sayuran lainnya untuk dijadikan salad yang segar dan bermanfaat.

Terdapat pelbagai jenis resepi masakan yang menggunakan pucuk paku di luar sana, tetapi tahukah anda tentang khasiatnya. Pucuk paku mengandungi banyak jenis gizi serta nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan.

makan pucuk paku

Kebaikan makan pucuk paku untuk kesihatan anda.

1. Menjaga Metabolisme Tubuh

Makan pucuk paku dapat membantu normalkan metabolisme tubuh badan anda. Ini kerana metabolisme yag tidak normal akan membuatkan anda mudah jatuh sakit dan gemuk.

2. Menyembuhkan Luka

Khasiat pucuk paku dapat anda jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka. Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka anda. Kandungan semulajadi dalam paku pakis ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

3. Menyihatkan Mata

Sumber vitamin A yang terdapat dalam pucuk paku ini sangat baik untuk memelihara kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan penyakit mata yang lain, sayur ini juga mampu mencegah mata anda dari penyakit rabun.

4. Mencegah Kolestrol

Kolestrol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan anda mendapat pelbagai jenis penis penyakit kronik yang lain. Akan tetapi sayuran pucuk paku ini sangat terkenal dengan sifat anti kolestrolnya dan sangat sesuai diamalkan selalu untuk mengurangkan kolestrol jahat didalam badan anda.

5. Ubat Gout

Penghidap penyakit gout sangat sesuai untuk mengamalkan makan pucuk paku ini. Terdapat beberapa kandungan didalam sayuran ini yang mampu meredakan penyakit gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang pesakit.

6. Mencegah Penuaan Secara Semulajadi

Penuaan yang terlalu cepat di usia anda ketika anda masih muda akan membuat anda hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hal ini juga akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya kerap makan pucuk paku. Sayur ini akan membuat anda tampak awet muda.

7. Mencegah Hipertensi

Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan mengamalkan makan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya anda makan setiap hari jika anda adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah anda sehingga tidak akan terjadi kenaikan secara tiba-tiba atau mendadak.

8. Baik untuk Kesihatan Tulang

Khasiat makan pucuk paku baik untuk membuat tulang anda menjadi lebih sihat. Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu? Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang anda akan semakin sihat dan juga terjaga.

Selain sedap dibuat masak lemak cili api dengan udang, pucuk paku juga boleh digoreng tumis bersama belacan. Bukan sahaja boleh mengenyangkan dan sedap sehingga menjilat jari, malah anda juga boleh mendapat manfaat yang baik dari pucuk paku ini sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *