Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap & Lembut Kalau Pakai Tip Ni

Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap & Lembut Kalau Pakai Tip Ni | Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!

Tapi bukan semua orang mampu nak membeli beras mahal, nak pula kalau keluarga yang besar. Sekali masak pun dah seperiuk penuh, jika pakai beras mahal memang sangat terasa penambahan kos bahan mentah setiap bulan. Nasi yang sedap ni sebenarnya bukan sahaja disebabkan jenis beras cara untuk memasaknya pun perlu di titik beratkan juga. Bukan sekadar cuci beras, sukat air dan masukkan dalam rice cooker. Yang selalu pakai beras biasa pun mesti nak juga hidangkan nasi yang sedap untuk keluarga kan?

Lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan ‎Mastu‎ra Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.

Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tip ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal. Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.

nasi yang sedap

Bahan bahan yang diperlukan untuk nasi yang sedap:

  • Beras (cap apa pun tak pe)
  • Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
  • Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
  • Daun pandan

Cara:

Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.

Tips sukat air :

Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi. Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.

Buat sesetengah orang, cara masak nasi putih dianggap perkara yang ‘kecil’. Ia hanyalah sekadar nasi putih yang tidak perlu difikir banyak. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap berbanding masak sendiri di rumah?

Seorang tukang masak, Ahmad Shukri Amiruddin mendedahkan petua  untuk masak nasi yang sedap. Bukan masak begitu saja. Menurutnya lagi, ini merupakan rahsia besar di kedai-kedai makan dan para tukang masak apabila memasak nasi putih.

‘RAHSIA BESAR’ CARA MASAK NASI YANG SEDAP

Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja. Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Kadang-kadang bila kita makan nasi dekat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.

Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dll. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. Inilah rahsia besar kedai2 makan dan para tukang masak.

Leave a Comment