Resipi Sup Mi Champa, Yang Suka Makan Pedas Wajib Cuba

Resipi Sup Mi Champa, Yang Suka Makan Pedas Wajib Cuba

Mi merupakan pilihan ke dua paling utama selepas nasi, ramai yang bila pergi ke kedai makan akan lebih suka memilih menu mi yang lebih versatil. Bagi mereka yang suka makan mi sup daging apa kata anda cuba resepi sup mi Champa yang berasal dari Kemboja ini. Rasa pedas-pedas bersup memang boleh buat kita berpeluh ketika makan!

RESIPI SUP MI CHAMPA

Assalamualaikum, saya pasti ramai yang ternanti-nanti resipi sup mi champa ni kan? Mi champa pedas berasap ni kalau makan memang boleh berpeluh satu badan. Jadi hari ini saya share resipi sup mi champa yang pasti meleleh air hidung, pastikan sebelum nak makan tu sediakan tisu banyak-banyak ya. Selamat Mencuba.

BAHAN KUAH ( SUP MI CHAMPA )

  • 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sup ni..tapi kalau takde boleh la abaikan
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

CARA- CARA BUAT RESIPI SUP MI CHAMPA

1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.

Resipi Sup Mi Champa

Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

Resipi Sup Mi Champa

3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.

Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu..so dapat kuah yang suci bersih je..

SAMBAL LADA

  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

Caranya

1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!

Resipi Sup Mi Champa

MINYAK BAWANG PUTIH

  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api
  • Resipi Sup Mi Champa

AKSESORI LAIN SEBAGAI PENYEDAP RESIPI SUP MI CHAMPA

  • Kuey teow, mihun, mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis), sos ikan jika perlu

*Psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! Sekali cuba mesti nak lagi!

Kalau tengok bahan-bahan resipi sup mi champa memang banyak tapi bahan-bahan ni semua murah je tidak lah mahal. Yang suka makan daging banyak boleh je tambah jumlah daging tu, sup mi champa ni memang sebenarnya kalau lebih banyak daging lebih sedap!

Memang susah nak jumpa kedai yang jual menu ini di Malaysia, kalau ada pun mungkin rasanya tidak sehebat seperti di negara asalnya. Tapi kalau dah teringin sangatkan apa kat masak jer sendiri ikut resipi sup mi champa ni harapnya bolehlah melepaskan rasa mengidam tu.

Sumber: Tahrunnisah Jali

Leave a Comment