Cara Betul Masak Nasi Supaya Tidak Cepat Basi

Cara Betul Masak Nasi Supaya Tidak Cepat Basi | Pernah tak korang masak nasi tengahari tadi tapi apabila nak ulang makan nasi waktu malam nasi dah mulai basi, padahal tempoh nasi dimasak tu tidaklah terlalu lama tidak sampai satu hari pun. Lebih sedih kalau masa nak bersahur, ada sesetengah orang memang suka masak nasi awal sedikit sebelum masuk tidur tetapi tidak menyalakan butang panaskan sebab menyangka nasi akan masih elok pada awal pagi.

Nasi tak baik disimpan lebih dari sehari meski sudah disimpan di dalam peti sejuk, nasi juga termasuk dalam makanan yang tak boleh dipanaskan berulang. Daripada salah makan, mari semak tanda-tanda nasi yang sudah basi.

Teksturnya keras dan kering.

Nasi yang disimpan dalam peti sejuk memang tahan lama dan rendah kalori. Dari sisi lain pula, nasi juga kehilangan kelembapannya dan kelihatan kering. Namun ketika teksturnya keras seperti kerak, nasi sudah tak boleh dimakan lagi dan sebaiknya dibuang. Biasanya hal ini terjadi kerana nasi sudah terlalu lama berada di peti sejuk. Namun tak hanya di dalam peti sejuk. Nasi juga boleh mengeras dan kering jika disimpan dalam  rice cooker atau ruang terbuka dalam jangka panjang.

Tekstur nasi lembik dan berair.

Jika nasi teksturnya sangat berair, anda perlu hati-hati karana kemungkinan nasi tersebut sudah basi. Faktanya, nasi basi memiliki kandungan air yang lebih banyak dari nasi normal. Jadi jika nasi normal terasa lembab, nasi basi umumnya bertekstur lembik dan mengeluarkan air di bahagian bawahnya. Penyebabnya mungkin kerana cara masaknya kurang tepat. Nah, kalau sudah begitu nasinya lebih baik dibuang, ya.

Nasi Sudah Berbau.

Selain dari 2 keadaan diatas, nasi yang walau kelihatan masih elok tidak lembik tetapi jika sudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau masam atau kebiasaanya bau seperti tapai, pastinya nasi itu sudah tidak elok lagi untuk dimakan. Jangan mengambil risiko dengan nasi yang sudah ada bau sebegini.

Nasi yang dimasak kebiasannya tidak boleh disimpan dengan lama. Mudah jadi melekit dan cepat basi. Bagaimana cara masak nasi untuk mengekalkan nasi agar tahan lebih lama?

Kami ada 7 petua masak nasi untuk korang semua. Mudah sahaja, baca kat bawah ni :

1. Kena basuh hingga bersih

Kalau korang nak tahu, beras harus dibasuh banyak kali untuk mengelakkan ia cepat basi. Jadi, apa yang perlu dilakukan, basuh beras banyak kali, cuci 2-3 kali dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar.

2. Periuk kena dicuci dengan betul

Pastikan periuk nasi dicuci dengan betul. Salah satu sebab nasi cepat basi disebabkan periuk tidak dicuci dengan betul. Periuk yang sudah berkarat atau ada kesan kotoran yang tidak tertanggal akan menyebabkan nasi yang dimasak tidak berkualiti dan cepat basi.

3. Perah limau nipis

Sebelum masak nasi, perahkan setengah biji limau nipi dalam pot beras yang sudah disukat air. Limau nipis hanya untuk mengekalkan nasi jadi tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa nasi,. Disamping itu, petua ini akan membuatkan nasi akan jadi lebih harum.

4. Pastikan wap nasi hilang selepas dimasak

Sejurus nasi masak, pastikan buka penutupnya. Kacau nasi supaya masak secara rata. Biarkan wap nasi keluar dan pastikan lap penutup periuk. Petua ini akan menjadikan nasi bertahan lama dan tidak menjadi lembab. Selain itu, selesai sahaja masak nasi, sila cabut plug periuk.

5. Letak secubit garam

Masukkan secubit garam dalam sukatan air. Garam akan membuatkan nasi tahan lebih lama dan jadi lebih sedap.

6. Panaskan periuk nasi atas dapur

masak nasi

Ada sesetengah individu akan membiarkan nasi dalam periuk hingga berhari-hari. Ini akan menyebabkan nasi jadi berair dan basi. Walaupun sudah mencuci berkali-kali, bakteria dalam periuk masih aktif. Menurut pengguna Facebook, Suaida Salehudin, korang telingkupkan sahaja periuk nasi atas dapur dan nyalakan api. Bakteria akan terbunuh dan juga membuatkan nasi akan tahan lebih lama.

7. Masak air dalam periuk nasi

Masak air dalam periuk nasi hingga mendidih, kemudian masukkan beberapa helai daun pandan. Cara ini hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja,

Haaa senang je kan, lepas ni nasi yang korang masak boleh tahan sampai 2,3 hari ! selamat mencuba!

Leave a Comment