Wanita Ini Kongsi Resipi Yong Tau Fu & Cara Dia Hilang 35Kg Dengan Clean Diet

Wanita Ini Kongsi Resipi Yong Tau Fu & Cara Dia Hilang 35Kg Dengan Clean Diet | Setiap orang ada cara tersendiri untuk kuruskan badan. Bersenam, diet, supplemen adalah antara cara yang biasa digunakan. Namun, sebenarnya cara terbaik untuk kurus adalah dengan menjaga pemakanan. Kalau cara makan betul, tidak mustahil untuk anda dapatkan berat yang anda idamkan.

Namun, untuk menjaga pemakanan ia bukan sesuatu yang mudah. Perlukan disiplin serta mental yang kuat. Sanggupkah anda untuk tidak makan makanan berminyak, tidak gula dalam kehidupan seharian anda? Jika anda sanggup, tips dan resipi diet yang dikongsikan oleh Maria Adam ini mungkin sesuai untuk anda.

SAYA hilang 35kg dengan liquid diet dan clean eating, dalam masa 7 bulan, dulu sakit tapi sekarang dah baik. Tak makan nasi, benda berminyak dan gula, air gas semua tak minum, untuk tenaga saya ambil setengah cawan kopi.

Resipi Yong tau fu ni boleh buat sendiri dekat rumah, bahan resipi yong tau fu ada jual dekat pasar dan murah. RM20 boleh buat you punya stock makan seminggu dan you tambah sayur apa yang you nak dalam tu. Rebus semua sekejap dan untuk kuah dia saya cuma panaskan air, letak ikan bilis, halia, bawang putih sikit, lepas mendidih saya tambah lada putih.

Bahan-bahan resipi yong tau fu tu you all rebus dulu, ambil portion yang you all nak makan, yang selebihnya simpan dalam freezer. Yang suka pedas bolehlah hiris cili merah potong letak kicap dan makan dengan dia, all the best everyone, apa yg kita masukkan dalam badan kita itulah yang akan jadi kita.

Jom try Resipi Yong Tau Fu ni !

Resipi Yong Tau Fu Maria Masak

First you all kena pergi pasar basah berdekatan sebab kak maria tak rasa pasar raya ada jual complete. Cari yang jual yong tauhu ni kat mana. Sampai depan dia pilih. Pilih banyak tak apa sebab satu tu 30 sen, 50 sen, 40 sen. Seminggu punya stock tak sampai RM20. Lepas tu pergi tempat sayur and beli sayur yang you all suka, kangkung, kobis bunga, carrot, suka hati you all, ambil sikit-sikit je.

Resipi-Yong-Tau-Fu

Sampai rumah, ambil portion yang you all nak makan sahaja dan lepas tu balance dia simpan dalam freezer. Cuci yang you all dah potong tadi, toskan. Panaskan air dan bila air mendidih masukkan semua bahan yang you all nak makan, rebus sekejap sahaja dan angkat toskan.

Untuk kuah, panaskan air dalam periuk atas dapur, letak ikan bilis, bawang putih, halia, masukkan garam ajinomoto sikit dan lada putih serbuk tu white pepper.

Ambil kuah masuk dalam mangkuk dan lepas tu letaklah yong tauhu you all tadi, hirislah daun bawang tabur atas dia, ready untuk makan. If nak pedas you all hirislah cili api atau lada merah letak kicap sikit dan makanlah, kenyang dan healthy.

Resipi-Yong-Tau-Fu

All the best everyone dari makcik-makcik now dah macam babe, suami pula risau dia kata dia dah macam pakcik-pakcik dan saya jalan dengan dia macam saya jalan dengan sugar daddy. I lost 35kgs within 7 months with clean eating.

You all belajar liquid diet dan clean eating, google je atau pergi kat pinterest banyak menu clean eating and liquid diet kat situ. Telur rebus, sayur steam, juice yang buat sendiri, susu, yogurt, buah buahan.

Yang perlu ada kat rumah juice extractor, blender yang buat smoothie rm70.00, steamer electric ni semua ada jual kat kedai electric. Ini guide sahaja and you all adjust ikut cara you all.

Sumber: Maria Adam

Leave a Comment